Showing posts with label Kids. Show all posts
Showing posts with label Kids. Show all posts

Thursday, January 24, 2013

Checklist...barang keperluan asrama


Ramai yang bertanya apa yang perlu dibawa bila anak dapat tawaran belajar di sekolah berasrama. Biasanya sekolah akan menyediakan senarai barang2 yang perlu  dibawa dan barang2 yang dilarang sama sekali untuk dibawa ke asrama. Oleh kerana kami berdua pernah duduk di asrama lebih kurang 30 tahun dahulu dan ketiga2 anak kami tinggal di asrama, sedikit sebanyak ada pengalaman apa yang perlu dibawa.

Biasanya baju uniform ditetapkan oleh pihak sekolah sekiranya berbeza dari uniform sekolah2 kerajaan. Oleh kerana ketiga2 anak kami bersekolah di sekolah tahfiz swasta atau tahfiz kerajaan negeri, uniform mereka biasanya jubah. Kakak dengan jubah berwarna purple gelap dan setelah bergelar hafizah perlu memakai jubah biru turquoise, Abang pula jubah kelabu dan kopiah tahfiz manakala Adik dengan jubah putih, serban putih dan kain rida hijau. Seronok melihat mereka ke sekolah berjubah.

Berbalik kepada senarai barang2 yang perlu dibawa, mengikut pengalaman kami dengan tiga sekolah yang berlainan. Mungkin di SBP, MRSM atau sekolah2 lain sebahagian daripada barang2 yang tersenarai tidak diperlukan. Terpulanglah kepada kebijaksanaan masing2 membuat keputusan semasa membeli belah. Senarai ini pun dibuat atas permintaan sepupu yang anaknya menerima tawaran ke MRSM Parit dan ada yang meminta dikongsi untuk rujukan masa akan datang.

1.    Quran, buku solat sunat, buku solat yg ada zikir lepas solat, mathurat
2.      Telekung (untukperempuan), baju solat yang sesuai (untuk lelaki) and Sejadah
3.       Penyapu and sodok sampah
4.    Tong sampah and plastic biru
      5.       Kain buruk dan axion (nak cuci almari and tingkap etc)
6.       Mop and ubat lantai (kalau bilik kotor masa mendaftar)
7.       Plastik sampah hitam, kalau2 banyak sampah yang ditinggalkan pelajar2 senior 
8.       Feather duster
9.       Alas kaki
10.   Spray nyamuk
11.   Kertas lapik almari
12.   Alarm clock
13.   Torch light
14.   Cermin muka
15.   Air Freshener untuk almari
16.   Ubat gegat
17.   Tempat sangkut yang boleh lekat tu kalau nak sangkut apa2 dlm almari ker
18.   Padlock
19.   Key chain nak letak kunci –satu kunci untuk anak simpan, satu lagi lekat di bawah katil atau tempat tersembunyi dengan selotep, kalau kunci hilang ada spare, satu kita simpan dalam wallet. Kadang2 bila kunci hilang, kita tak perlu ke sekolah sebab ada kunci spare bawah katil :-) 
20.   Engsel – ikut alamari jenis macamana, kalau kayu boleh gunakan engsel, kalau besi biasanya dah tersedia
21.   Hammer and paku (paku biasa and paku dinding) atau tool box nak pasang engsel kalau takde 
22.   Ubat2 – ambik kat klinik yang kita dah biasa bawak anak untuk dapatkan rawatan. (ubat demam, selsema, batuk, sakit perut/cirit, lozenges ) – letak dlm satu bag or bekas
23.   Lain2 ubat – plaster, kapas, minyak mestika, minyak gamat, vicks, minyak kapak ker apa2lah yang dia biasa pakai (kalau budak lelaki elok bawak deep heat takut terseliuh masa riadah)
24.   Kain batik / kain pelekat
25.   Baju biasa untuk pegi prep, baju sukan, baju tidur. Kalau lelaki elok beli beberapa helai pagoda, lebih selesa kalau bilik panas dan perempuan tudung yang bersesuaian
26.   Pad, panty liner untuk perempuan
27.   Tisu paket kecik (selalunya minggu pertama masih homesick :-)
28.   Barang Katil – Cadar, Bantal and Selimut 2 set
29.   Towel 2 helai
30.   Toiletries (berus gigi, ubat gigi, sabun, shampoo, facial wash etc) and baldi kecik untuk letak perkakas mandi
31.   Barang basuh kain – Baldi, sabun basuh, sepit and hanger
32.   Bekas Plastik nak letak barang2 make up (bedak, deodorant, perfume, sikat etc) dalam almari kalau tidak bersepah
33.   Kepit kuku, cotton bud, sewing kit
34.   Beg sekolah and stationeries (calculator and oxford pencil box for maths)
35.   Kasut sekolah, kasut sukan, kasut pegi prep,sliper asadi dan slipper toilet
36.    Mug, sudu garpu, bekas tupperware utnuk simpan makanan atau biskut
37.   Makanan– mineral water elok beli mungkin sekolah tak ada water cooler
38.   Wallet, Photostat IC and syilings/phone card seperti italk untuk buat panggilan talian hayat!
39.   Boleh lah nak bawak satu family photo kalau2 rindu pada keluarga
      40. Kalau nak buat stiker nama pun boleh utnuk dilekat pada barang2 tertentu untuk mengelakkan dari tertukar

Setengah2 sekolah membenarkan pelajar membawa seterika dan kettle tetapi ada sekolah yang menyediakan bilik gosok dan pantry. Biasanya setelah mendaftar barulah pelajar dimaklumkan samada mereka boleh membawa barangan elektrik ke sekolah. Barang2 larangan termasuklah smartphone, MP3, MP4 dan barang2 tajam seperti pisau. Di MRSM, pelajar dibenarkan membawa handphone yang basic. 

Barang2 yang siap dikemas
Barang2 Adik ke SBI
Ada sekolah yang menyediakan bilik asrama dan bukan dometri seperti MTS, satu bilik 8 orang (4 katil double decker) dan SBI juga 8 orang (4 katil single dan 2 double decker). IQKL   boleh memuatkan 12 orang sebilik dengan katil single. Ada ibubapa yang bermurah hati menyediakan tikar getah atau tikar buluh agar anak2 lebih selesa. Ada yang membawa meja jepun pelbagai guna, untuk makan, buat kerja sekolah etc dan ada yang membawa rak buku, rak tuala, rak kasut dan sebagainya. Terpulanglah kepada pengurusan sekolah dan keadaan sekolah yang mengizinkan barang2 tersebut dibawa. Apa yang penting, apa yang kita bekalkan pada anak2 biarlah menjadi manfaat kepada semua rakan2 dibiliknya dan bukan untuk anak kita seorang. Bawalah barang yang anak kita rasakan perlu dan bincang dengan mereka apa yang perlu dibeli. Sebaik2nya jangan bawa barangan berjenama walaupun kita mampu menyediakan untuk mereka kerana kita tidak mahu ada perbezaan di antara anak kita dengan anak2 yang ibubapa mereka kurang berkemampuan. Sekiranya kita mampu, tiada salah membantu rakan2 anak kita yang kekurangan. In sha Allah, segala sedekah yang kita buat untuk anak2 yang mencari ilmu Allah swt akan menjadi amal jariah untuk bekalan kita di akhirat nanti.

Monday, January 21, 2013

No more primary school goers...

2  January 2013, first day at school for primary school students, standard 1 to standard 6 ..... and it suddenly struck us that we have no one going to that primary school anymore. It felt weird and awkward passing by the school, busy with cars and parents... and we are not part of that chapter anymore. Ever since Thaqif checks into secondary school, the primary school period is now over.

We missed those hectic December month.... going to the school bookshop to get the list of books and items to prepare for the new school year, buying the white, peach and blue shirts, blue long pants, white baju melayu and green or red samping...and those first day registration, meeting the class teachers and paying the fees...sometimes on the 3rd floor, and sometimes the 4th floor!!

All the 3 kids went to Sekolah Kebangsaan Taman Setia (SKTS) in the morning and Sekolah Agama Rakyat (SAR) Madrasah Al-Ittihad in the afternoon where both the schools are nearby the house, 300 meters away, within walking distance and is safe for riding bicycle. Dini started in 2001, Faiz in 2004 and Thaqif in 2007, or since 2001 until 2012, a total of 11 years engaged in the primary school world as parents and the challenges and experiences have certainly been valuable and full of colours, alhamdulillah.

We thought Sekolah Kebangsaan is still the best primary education available in the country although being still exam centric and equally important for Muslim students is the Sekolah Agama, which only 30% of Malaysian parents bothered to send their kids to... due to various reasons. Unfortunately, SAR does not get equal resources and emphasis from the Government and normally becoming the victims of politics. However, we have different views when it comes to secondary education, based on our personal exposures, experiences and aspirations. It is interesting to note that although Selangor has Sekolah Agama Rakyat for primary students by JAIS, Kelantan does not have similar system for primary but the emphasis was rather for secondary.

What is more important is what we can do to help both the national and religious schools to deliver the objectives of providing education to the kids and that is where active involvement in PIBG, as much as you can, is very-very important. I believe this is a key difference between Sekolah Kebangsaan and Sekolah Cina; poor attendance to PIBG meetings and poor participation from parents can be a hindrance for progress and excellence. There must also be enough positive and balance collaboration between the teachers and parents. It depends on how the people and the leaders navigate the tricky course but the key thing is to take part in the process and we salute those who volunteer to be AJK PIBG for an honest and noble reason. It’s not the magnitude of your contribution that is most important but the readiness to contribute is what matters.

We will certainly miss the PIBG meetings and all the activities like the sports day, hari kantin, solat hajat, hari ihitifal, hari anugerah kecemerlangan and hari report card...and of course the night tuitions twice a week and mengaji twice a week....gonna have to do something else now to occupy the time.

Hari Ihtifal Dini in 2007
Abah and Dini at one of the school's ceremony
We made a point in the past that we will arrange for a trip for the kids before they leave school and we would normally made the arrangements with the class teacher plus selected parents whom we think can help, early in the school term. Kakak’s class went to Eagle Ranch in PD, Faiz’s class went to Ricardo Camp also in PD and Adik’s class went to Gambang Waterpark in Kuantan... a trip for them to remember and cherish their friendship for the past 6 years. I hope this activity will still be continued with participation from more parents.
Equally satisfying is the episode when we collaborated with the community to implement a one way traffic system around the school in 2010, which is still in operation until today. Alhamdulillah, at least something can continue to benefit the schools and the community for as long as the system is suitable.

Dini's trip to Eagle Ranch in 2006
Dini's friends
Faiz's trip to Riccardo Camp in PD in 2009
Water confidence
Flying Fox
6 Geliga 2009

We met many beautiful people, students, parents and teachers. We would like to thank all the teachers, both in Sekolah Kebangsaan and Sekolah Agama plus the tuition teachers and the guru Quran, who have been involved in educating and teaching our children.....and we pray that Allah the Al Mighty will reward you and your family your all the efforts, patience, honesty, dedication and commitment.
We have to move on into a new episode in life and there will be new challenges waiting for us just around the corner. We pray that Allah will continue to guide and protect us throughout this uncharted journey, in sha Allah.








Friday, January 4, 2013

Kisah Abang dan Kakak....PMR dan Anugerah Kecemerlangan D'Raja

Dalam kekecohan kami mencari sekolah untuk Thaqif, kami tidak lupa pada Abang dan Kakak yang masih memerlukan kami. Walaupun mereka berdua sudah besar panjang dan sudah pandai berdikari, mereka masih perlu diberi perhatian. Pada 19 November 2012 keputusan PMR diumumkan. Ibu dan Faiz ke IQKL untuk  menerima keputusan kerana Abah sibuk dengan kerja. Walaupun Abang target untuk mendapat 7A tetapi dia hanya memperolehi 5A3B1D. Memang Ibu agak kecewa dengan keputusan PMR Abang kerana subjek2 B adalah Pendidikan Agama Islam, Kemahiran Hidup, English dan D Bahasa Arab. Lain2 subjek teras seperti BM, Maths, Sains, Sejarah dan Geografi Abang mendapat A. Kami memang teruja kerana Abang mendapat A untuk Sejarah dan Geografi kerana minatnya yang kurang dalam subjek yang memerlukan bacaan dan mengingat akan fakta2.

Agak sukar bagi Ibu menerima keputusan tersebut pada awalnya kerana bagi Ibu, Abang tidak sepatutnya mendapat B untuk PAI dan  D untuk BA kerana kedua2 subjek tersebut adalah subjek asas pelajar sekolah agama dan tahfiz seperti Abang. Kalau mengikut keputusan2 sebelum ini, Abang jarang sekali tidak mendapat pangkat A dalam kedua2 matapelajaran tersebut termasuk English. Tetapi setelah Ibu melihat kembali jadual peperiksaan, Ibu tahu Abang terlalu menumpukan perhatian pada subjek2 teras dan tidak memberi fokus kepada subjek2 yang bukan teras. Mungkin bukan rezeki Abang untuk mendapat keputusan yang lebih baik. Abah pula relax menerima keputusan Abang. Katanya pada Ibu, walaupun Abang tidak mendapat 9A, tetapi di dadanya ada 17 juzuk Al Quran yang sudah dihafaz. Itulah kejayaan yang sebenarnya dan yang patut kami syukuri dan bukan keputusan PMR. Kami redha dan terima seadanya dan terus berdoa agar Abang terus gigih berusaha untuk cemerlang dalam peperiksaan SPM. Sebagai imbuhan, kami belikan Abang sesuatu yang sudah lama diidamkannya, the Inspirational Monster Beats.

Beralih kepada kisah Dini. Ibu bertuah kerana dua orang rakan Ibu akan ke Alex dan sudi membawa kiriman untuk Dini. Lagipun, mereka sudah kenal Kakak dari dia masih kecil. Alhamdulillah, dapatlah Ibu mengirim barang2 yang Kakak perlukan termasuk makanan kegemarannya, tempoyak dan budu. Aida, rakan Ibu semasa Ibu bekerja di Celcom ke Alex pada 7 Disember dan Reha, kawan sekolah Ibu pula ke Alex pada 20 Disember 2012. Kedua2nya akan terus ke Alex apabila tiba di Mesir. Jadi mudahlah Ibu mengirim perishable food. Aida sudi membawa one whole luggage bag dengan berat tidak lebih 20kg, kerana Egypt Air membenarkan penumpang membawa 46kg. Alhamdulillah, banyak benda yang Kakak perlukan terutama winter coats yang Ibu belikan semasa di Turki, IT gadgets, food stuff dan barang2 keperluan lain. Aida pergi bersama Kakaknya untuk bercuti jadi tidak banyak barang yang dibawa. Dapatlah Ibu kirimkan tempoyak dan budu yang telah difrozenkan pada Kakak. Reha pulak pergi bersama keluarga melawat anaknya di sana. Anak Reha pergi ke Alex pada tarikh yang sama dengan Kakak tetapi Afiq mengambil jurusan dentistry. Oleh kerana Reha terus ke Alex dengan Kuwait Airways, Ibu dapat kirimkan sayur seperti kangkung dan kailan dan lain2 daun seperti kesum, limau purut, kunyit dan kari. Alhamdulillah, terimakasih yang tak terhingga pada Aida dan Reha yang sudi bersusah payah membawa barang2 keperluan Dini. Hanya Allah swt saja yang dapat membalas segala kebaikan mereka.

Luggage Bag Dini
Beg penuh dengan barang!
Stationaries from Typo pun ada
Dini, Aunty Aida and her sis
Dini and Aunty Reha
Seminggu sebelum berakhirnya tahun 2012, Dini menghantar watsapp memaklumkan kepada kami mengenai Majlis Anugerah Kecemerlangan D'Raja untuk SPM 2011 dan namanya tersenarai sebagai salah seorang penerima anugerah. Majlis tersebut diadakan pada 29 Disember 2012 di Istana Negeri dan disempurnakan oleh Sultan Muhammad V. Oleh kerana Dini tiada di sini, dua orang wakil dijemput menerima anugerah tersebut. Jadi Ibu dan Abah walaupun baru balik Kelantan menguruskan hal sekolah Thaqif, tidak mempunyai pilihan kerana perlu hadir mewakili Dini. Kali ini kami hanya balik berdua kerana Abang perlu membuat persiapan sebelum kembali ke sekolah pada 31 Disember 2012 dan Adik pun letih kerana terlalu banyak berjalan sepanjang cuti sekolah. Dua kali kami balik ke Kelantan dan pada minggu cuti Krismas kami bersama2 keluarga Tok Abah ke Fraser's Hill untuk percutian keluarga.

Kami bertolak selepas solat zohor pada 28 Disember 2012 dan tiba di Kuala Krai pada malamnya. Esok paginya kami ke pasar pagi untuk memberi barang keperluan seperti ikan kering dan lain2. Memang menjadi kebiasaan untuk kami ke pasar pagi sekiranya kami berada di Kuala Krai pada hari Sabtu. Kami memang gemar melihat sayur2 kampung, pelbagai makanan, barang2 dari siam dan macam2 barang yang pelik yang dijual di sini. Kami bertolak ke KB lebih kurang jam 9.30 pagi dan sempat singgah di Ketereh untuk menikmati Su Nasi Kerabu sebelum terus ke rumah Wae Nah untuk membincangkan hal kenduri Hafiz. Abah sudah ada part time job, menjadi jurucakap bagi majlis bertunang dan akad nikah keluarga terdekat. Ibu pulak sebagai advisor untuk Abah mengenai adat2 dan protokol untuk majlis2 begini. Kami bertuah kerana selalu diberi kepercayaan menguruskan hal2 keluarga, bukan sahaja hal2 nikah kawin, tetapi lain2 hal seperti masalah keluarga, kematian, urusan harta pusaka, perhimpunan keluarga dan macam2 lagi. Alhamdulillah, bagi kami ini adalah peluang bagi kami mengukuhkan ukhwah dan mengeratkan silaturrahim. Bila umur semakin meningkat, kita perlu menerima tanggungjawab sebagai pelapis menggantikan mereka yang sudah tua.

Istana Negeri Kubang Kerian
Tempat khas VIP dan SMV
Ibu dan Abah mewakili Kakak
Dewan Jublee Intan penuh sesak
Ibu beratur menunggu giliran
Menerima hadiah dari Tengku Puan Laksamana
Rakyat menunggu ketibaan SMV
Kami tiba di Istana Negeri tepat jam dua seusai solat zohor dan jama' taqdim di Majlis Sultan Yahya Petra. Ramai yang sudah tiba dan kami perlu beratur panjang mendaftar di kaunter Yik. Alhamdulillah seronok melihat ramai pelajar dari MTS yang menerima anugerah. Untuk MTS Tanah Merah, seramai 29 orang yang disenaraikan tetapi hanya seorang yang berada di Malaysia. Yang lain semuanya sudah melanjutkan pelajaran di Mesir dan negara lain dalam bidang profesional. In sha Allah, mereka bakal kembali sebagai protaz dan protazah dan dapat berbakti kepada masyarakat dan negara dalam memperkukuhkan Islam di bumi Malaysia. Oleh kerana jumlah penerima yang ramai lebih kurang 530 orang, hanya 18 orang yang mendapat kurniaan terus dari SMV. Yang lain menerima anugerah masing2 dari Tengku Laksamana Kelantan, Tengku Abdul Halim Ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim dan isterinya. Ibu mengambil hadiah berupa Sijil Pengiktirafan yang ditandatangani oleh SMV dan pen yang tertulis "Tahniah SMV".


Petikan dari akhbar Sinar Harian
Hadiah yang diterima
Pen tertulis Tahniah SMV
Majlis ini yang julung kalinya diadakan dianjurkan oleh Pertubuhan Kerabat D'Raja Kelantan Al-Muhammadi bagi meraikan pelajar cemerlang. Alhamdulillah, Dini sangat bertuah kerana sebelum ini Majlis Graduasi Tahfiz yang dianjurkan Yik juga adalah majlis yang pertama diadakan. Pelajar2 dan wakil2 selesai menerima anugerah masing2 dalam pukul 4.15pm dan kami diminta menunggu ketibaan SMV bagi meneruskan majlis. Tetapi agak malang kerana SMV tidak muncul2 hingga jam 6pm dan Abah sudah mulai resah kerana duduk terlalu lama. Kami juga tidak dibenarkan keluar dari dewan. Ramai yang mulai resah kerana perlu solat asar dan ramai juga yang sudah kehausan dan kelaparan kerana menunggu terlalu lama. Kami hairan mengapa keadaan seperti ini berlaku. Adakah ia suatu kebiasaan bagi rakyat menunggu kedatangan raja untuk majlis formal seperti ini? Kami akhirnya membuat keputusan untuk balik dan memberitahu polis yang menjaga pintu kami perlu ke airport untuk balik ke KL. Sejurus kami keluar dari dewan, kedengaran bunyi siren. SMV akhirnya tiba di Istana Negeri jam 6.15pm dan kami sudah tawar hati untuk kembali ke dalam dewan dan terus beredar dari kawasan istana. Kami singgah di gerai air kepala muda untuk membasahkan tekak yang kering dan menikmati mee goreng sebelum balik ke Kuala Krai. Walaupun hampa kerana tidak dapat melihat SMV dari dekat kami tetap bersyukur atas kurniaan dari Baginda. Bagi kami yang pertama kali dapat masuk ke Istana Negeri, ianya suatu pengalaman manis dan pahit yang tidak mungkin dapat kami lupakan. TAHNIAH Dini....

Monday, December 31, 2012

Berakhirnya Sebuah Pencarian..........Al-Kauthar dan Sek Bina Insan

Kami masih mengharap agar Thaqif diberi peluang belajar di salah satu sekolah yang telah kami senaraipendekkan walaupun kami tahu peluang untuk ke Al-Kauthar agak tipis kerana saingan yang agak sengit. Maklumlah permohonan yang diterima sebanyak 400 lebih dan tempat yang disediakan hanya 90. Peluang Thaqif hanya 25% berbanding di IQKL lebih kurang 50%. Kami akhirnya akur dengan sms yang diterima dari seorang Ustaz yang mengajar di Al-Kauthar, kebetulan rakan kepada Pak Lang yang memaklumkan kepada kami Thaqif tidak berjaya menempatkan diri di dalam 90 yang lulus ujian. Kami diberitahu Thaqif menduduki ranking ke 98 dan termasuk di dalam waiting list sekiranya ada yang menolak tawaran. Jadi, masih ada harapan untuk Thaqif di Peringkat kerana kami percaya mesti ada yang mendapat tawaran ke SBP, MRSM dan Maahad Kawalan Yik seperti MTS dan MTAQ.

Semasa kami bercuti di Fraser’s Hill bersama keluarga Tok Abah, Abah menerima panggilan dan Thaqif ditawarkan ke Peringat untuk second intake. Alhamdulillah, kami bersyukur kerana Allah swt memberi Thaqif peluang untuk meneruskan pengajian dalam bidang tahfiz. Esoknya kami menerima satu lagi berita gembira. Thaqif lulus temuduga di SBI. Agak sukar menembusi talian SBI kerana sentiasa engaged. Kami diberitahu SBI menerima lebih kurang 800 permohonan, satu jumlah yang besar untuk sekolah yang baru. Ianya satu perkembangan yang sangat positif, sudah ramai ibubapa yang ingin menghantar anak2 mereka untuk belajar di sekolah tahfiz integrasi.

Surat tawaran dari Al-Kauthar
Surat tawaran dari SBI
Walaupun terdapat beberapa sekolah tahfiz integrasi swasta sebegini, jumlahnya masih kecil untuk menampung permintaan yang semakin meningkat. Berbanding sewaktu kami mula menghantar Dini ke MTS pada tahun 2007. Waktu itu MTS baru beroperasi di Tanah Merah, sebelumnya menumpang di Maahad2 lain. Kakak adalah batch pertama belajar di MTS Tanah Merah. Begitu juga dengan IQKL yang memulakan operasinya di bangunan baru hanya pada tahun 2009, dan Faiz adalah batch ketiga yang bersekolah di bangunan tersebut. Tahun 2013, tiba giliran Thaqif yang akan memulakan kehidupan baru di sekolah yang baru.

Kami masih belum membuat keputusan muktamad samada menghantar Thaqif ke Al-Kauthar atau ke SBI. Kedua2 sekolah mempunyai kelebihan dan kekurangan. Antara perkara yang kami pertimbangkan adalah dari segi lokasi, kurikulum dan kemudahan infra. SBI boleh menggunakan fasiliti di KUIS seperti masjid, dewan, tempat bersukan, perpustakaan dan lain-lain. Asrama yang disediakan juga bukan seperti asrama di sekolah berasrama penuh, tetapi lebih kepada kolej. Suasana ala kampus yang ditawarkan kepada pelajar memberi kelebihan pada SBI. Walaupun Thaqif merupa batch pertama dan pioneer untuk tingkatan satu, kami yakin SBI yang menjadi sebahagian daripada KUIS dapat memberikan yang terbaik untuk Thaqif melalui sistem pendidikan Islam yang menawarkan kurikulum niche Islam sebenar disamping menjadikan masjid sebagai qalbu sekolah.

Al-Kauthar juga sebuah sekolah yang tidak kurang hebat walaupun tidak tergolong dalam kategori maahad kawalan yik, prestasinya semakin meningkat. Walaupun sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1963, hanya pada tahun 2007 ia memulakan aliran tahfiz akademik dan pada tahun 2008 terpilih menjadi Sek Agama Bantuan Kerajaan (SABK) yang menerima peruntukan dari Kerajaan Pusat dan kurikulum Al Azhar Yik masih dikekalkan. Tidak banyak maklumat yang kami perolehi mengenai Al- Kauthar melalui internet kecuali blog sekolah yang sudah lama tidak dikemaskini. Prestasi peperiksaan SMU dan PMRU juga agak baik. Tetapi kami kurang pasti dengan muqarrar hafazan kerana seorang pelajar tingkatan satu yang kami tanya semasa Thaqif sedang ditemuduga memberitahu bahawa dia sudah menghafaz 1.5 juzuk Quran dan seorang pelajar tingkatan empat  yang kami temui sudah menghafaz lebih kurang 12 juzuk.

Bagi kebanyakkan sekolah tahfiz, biasanya muqarrar hafazan lebih kurang 5 hingga 7 juzuk setahun supaya cukup 30 juzuk untuk 5 tahun. Kami juga tidak pasti bagaimana teknik hafazan di SBI dan muqarrar yang ditentukan. Kami hanya diberitahu semasa ditemuduga, terdapat sukatan untuk hafazan Al Quran. Kami berharap tahfiz di SBI selaras dengan tahfiz di MTS dan IQKL di mana pelajar dapat menghabiskan 30 juzuk selama 5 tahun mereka di sana. Agak sukar sekiranya mereka tidak menamatkan hafazan dalam masa 5 tahun kerana apabila mereka menyambung pengajian di IPTA/IPTS atau mana2 institusi di luar negara, jadual dan fokus sudah berbeza melainkan mereka menyambung pangajian di university di timur tengah.

Kami bersyukur kerana Thaqif akhirnya mendapat dua tawaran. Sebenarnya Thaqif ada menerima satu lagi tawaran dari Sekolah Tinggi Islam As Sofa (Al Quran dan Hadith) di Sikamat, Seremban. Pada awalnya kami sangat berminat menghantar Thaqif di STIAS di Rembau. Kami telah pun membuat permohonan on-line dan diminta hadir untuk kursus Tafaqquh Din selama 5 hari 4 malam sebelum ditemuduga. Tetapi kami mendapat banyak feedback yang kurang positif mengenai pengasas Yayasan As Sofa dan setelah membuat research di internet, kami mengambil keputusan untuk tidak mengambil risiko dengan menghantar Thaqif ke sana. Dengan tidak disangka, kami menerima sms mengatakan Thaqif terpilih untuk ke STIAS, Sikamat dan namanya tersenarai di laman web As-Sofa. Yayasan As-Sofa mengambil ramai pelajar tingkatan 1. Di STIAS Rembau, seramai 140 orang dan di STIAS Sikamat lebih 800 orang. Jika dilihat dari jumlah pengambilan pelajar, Yayasan As-Sofa boleh dikira sebuah institusi yang hebat. Semoga isu yang ditimbulkan mengenai Yayasan ini dapat diselesaikan kerana ia sedikit sebanyak memberi impak kepada ibubapa yang ingin menghantar anak2 mereka belajar di sini. Terpulanglah kepada ibubapa membuat penilaian mereka sendiri apa yang terbaik untuk anak2 mereka.

Bukan mudah untuk mencari sebuah sekolah yang baik untuk anak sekiranya anak kita kurang cemerlang dalam UPSR. Kesemua sekolah tahfiz terutamanya tahfiz integrasi di bawah seliaan Kerajaan Negeri hanya memperuntukkan tempat untuk pelajar yang mendapat 5A and Mumtaz. Maahad2 Kawalan di bawah Yayasan Islam Kelantan seperti Maahad Tahfiz Sains (MTS) berkembang pesat dengan cawangan2 yang tumbuh bagai cendawan di Tumpat, Kok Lanas dan Bachok. Maahad Integrasi Tahfiz Sains & Teknologi (MITST) di bawah kelolaan JAIS pun berkembang pesat bermula di Jugra, kemudian di Klang. Sekolah2 Tahfiz Integrasi swasta juga sudah menaikkan syarat pengambilan pelajar kepada yang mendapat 5A dan 4A. Jadi, masih adakah peluang  untuk anak2 yang kurang cemerlang tetapi mempunyai minat yang mendapat untuk menghafaz Quran. 

Kami berharap agar lebih banyak sekolah2 tahfiz integrasi seperi Al-Kauthar dan SBI yang memberi ruang dengan meletakkan syarat yang lebih rendah. Kita sendiri sedia maklum, perkembangan pelajar lelaki secara umum agak lambat berbanding pelajar perempuan tetapi prestasi mereka terus meningkat bila mereka di peringkat sekolah menengah. Justeru, mereka perlu diberi peluang kerana merekalah yang bakal memimpin negara dan dan menjadi ketua keluarga. Kami berharap agar Kerajaan lebih prihatin dan  berbuat sesuatu bagi menampung permintaan yang tinggi untuk sekolah sebegini. Sekiranya MRSM boleh menyediakan MRSM Ulul Albab di Besut, Gemencheh, Kepala Batas kenapa Kementerian Pelajaran tidak menaik taraf SMKA kepada Sekolah Tahfiz Integrasi yang dapat melahirkan pemimpin masa depan yang mempunyai asas yang kuat di dalam pendidikan Islam, bersahsiah tinggi dan penghafaz Al-Quran. Dengan izin Allah swt, Malaysia dapat melahirkan seorang pemimpin dan ketua negara sehebat Dr Muhammad Morsi untuk mentadbir Malaysia suatu hari nanti.

Sunday, December 30, 2012

Pencarian Belum Berakhir....Sekolah Bina Insan

Sambil berdebar menunggu keputusan dari Peringat dan IQKL, kami dikejutkan dengan panggilan dari IQKL meminta Thaqif hadir untuk temuduga kali kedua. Kami dimaklumkan ada beberapa pelajar yang dipanggil untuk melalui ujian hafazan sekali lagi kerana ujian kali pertama mungkin kurang memuaskan. Pada 7 Disember 2012, kami sekali lagi ke IQKL. Thaqif diminta mengulang ujian hafazan dengan Ustaz Haron. Faiz ada memberitahu kami Ustaz Haron sangat strict dalam hafazan dan kami sudah mengagak laluan Thaqif ke IQKL mungkin agak sukar.

Pada 13 Disember 2012, Ibu menerima watsapp dari Abah yang sudah ke ofis awal. Abah menyuruh Ibu mencari maklumat lanjut mengenai Sekolah Bina Insan yang terletak di Bukit Putra, Kajang. Abah jarang2 sekali membeli akhbar Sinar tetapi pagi tu hatinya tergerak untuk membeli senaskah Sinar dan terbaca iklan mengenai pengambilan pelajar tingkatan 1 dan temuduga diadakan pada 13 dan 14 Disember 2012. Sebelum Ibu membuat panggilan ke SBI, Ibu terlebih dahulu menelefon IQKL untuk megetahui keputusan temuduga kedua Thaqif. Sememangnya takdir telah menentukan Thaqif tidak dapat belajar dengan Faiz di IQKL. Walaupun sangat kecewa dan sedih, kami redha dengan keputusan yang dibuat oleh IQKL. Mungkin ada hikmah disebaliknya.

Setelah mendapat tahu keputusan IQKL, Ibu, Abang dan Adik terus bersiap untuk ke SBI. SBI meletakkan syarat 3A2B/Jayyid dan Thaqif sememangnya layak untuk memohon. Kami tidak pernah sampai ke Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Jaraknya lebih kurang 60km dari Gombak melalui MRR2 dan perjalanan kami mengambil masa 50 minit. Apabila kami tiba di pintu masuk KUIS, Ibu teruja melihat persekitarannya yang cantik dengan adanya tasik dan wakaf2. Apabila kami masuk untuk ke SBI, kami melihat masjid yang tersergam indah di tengah2 kampus.

SBI terletak di bahagian belakang KUIS yang terdiri daripada tiga buah blok. Ketika kami tiba di SBI, sudah ramai ibubapa yang sudah mendaftar anak mereka dan sesi temuduga sebelah pagi sudah ditutup. Jadi kami terus mendaftar untuk ditemuduga pada sebelah petang. Kali ini, bukan sahaja pelajar yang akan ditemuduga tetapi kedua2 ibubapa juga akan ditemuduga. Pelajar juga perlu menjalani ujian bertulis dan hafazan sama seperti mana2 sekolah tahfiz yang lain.

Oleh kerana masih awal, kami berehat di rumah Pak Ngah di Bangi untuk makan tengahari sementara menunggu Abah tiba kerana dia perlu hadir untuk sesi temuduga ibubapa. Tepat jam 2pm, Thaqif terus dipanggil untuk ujian bertulis dan kami pula diarah menunggu di salah sebuah bilik yang disediakan. Kami tertanya juga apakah soalan yang akan diajukan kepada kami sebagai ibubapa. Sesi kami berjalan lancar dan dikendalikan oleh seorang kakitangan KUIS dan seorang guru SBI. Kami ditanya mengenai Thaqif, sifat kepimpinan, akhlak dan minat terhadap hafazan Al Quran. Kami juga diberitahu akan jadual yang ketat dimana pelajar perlu bangun seawal 4.30am bagi memulakan rutin harian. Kami kira ia sesuatu yang normal sekiranya kita tinggal di asrama.

Kami dimaklumkan SBI ingin mengambil seramai 550 orang pelajar tingkatan satu dan 2013 adalah tahun pertama pengambilan tingkatan satu. SBI sudah pun beroperasi bermula 2012 dengan pengambilan pelajar tingkatan 4 dan 5 seramai lebih kurang 80 orang. SBI adalah komponen utama Pelan Induk Pendidikan Islam Negeri Selangor yang diamanahkan kepada KUIS. Adalah menjadi harapan kami agar Thaqif menjadi sebahagian daripada SBI yang menjadi perintis kepada pembentukan pendidikan islam berteraskan Al Quran dan Sunnah, in sha Allah.


Dewan Konvensyen
Bangunan Sekolah 
Bilik Asrama
Masjid Al-Azhar, KUIS
Tasik KUIS
Bangunan Asrama
Sambil menunggu Thaqif selesai menjalani ujian, ibu seperti biasa berkenalan dan berbual dengan ibu-ibu yang juga menunggu anak masing-masing. Sekolah Tahfiz Integrasi ini seperti suatu fenomena, semakin ramai ibubapa yang mulai sedar dan ingin menghantar anak2 mereka belajar di sekolah sebegini. Ramai ibu yang ditemui baru pertama kali ingin menghantar anak mereka ke sekolah sebegini walaupun abang dan kakak bersekolah di SMK atau SBP. Alhamdulillah, kerana  mereka masih berpeluang menghantar anak2 lain ke sekolah sebegini. In sha Allah, sekurang2nya ada seorang anak yang belajar di sekolah agama yang boleh menjadi pakar rujuk adik beradik yang lain sekiranya ada masalah berkaitan fardu ain dan fardu kifayah. Seperti kami yang kurang ilmu agama kerana belajar di SBP, anak2 lah yang menjadi rujukan dan ustazah/ustaz untuk kami bertanya sesuatu. Walaupun ilmu mereka masih belum mendalam, sekurang2nya mereka mempunyai asas yang kukuh. Paling tidak pun, mereka tidak kekok membaca doa dan menjadi imam di majlis perhimpunan keluarga.


Thursday, December 27, 2012

Pencarian Diteruskan...Sekolah Tahfiz Integrasi


Minggu berikut kami meneruskan pencarian kami. Pada 1 Disember 2012, Thaqif menghadiri temuduga di IQKL. Ini adalah temuduga pertama yang dilaluinya. Temuduga kali ini berbeza dari yang dilalui Faiz tiga tahun lalu. Kali ini semua pelajar diwajibkan menjalani ujian bertulis, tilawah dan hafazan serta temuduga yang dibuat dalam Bahasa Inggeris. Kawan Ibu juga hadir bersama anaknya Umar untuk sesi temuduga di IQKL. Setelah selesai, Thaqif ada memberitahu kami akan kesuntukan masa untuk menghafal satu mukasurat Al Quran dalam masa 30 minit. Dia cuma sempat menghafaz 4 ayat kira-kira setengah mukasurat dan ayat keempat kurang lancar. Mungkin Thaqif agak gementar kerana tidak pernah melalui situasi sedemikian.

Setelah selesai urusan kami di IQKL kami bergegas balik untuk memulakan perjalanan kami ke Kelantan untuk temuduga kedua Thaqif di SMU(A) Al Kauthar, Peringat Kelantan pada 3 Disember 2012. Kali ini kami tidak terus balik ke Kelantan tetapi ke Bukit Fraser untuk merancang percutian keluarga pada akhir Disember. Kami bermalam di sana dan meneruskan perjalanan keesokkan harinya.

Menunggu giliran ujian hafazan
Ibubapa menunggu anak menghadapi ujian
Ibu dan Ibu Umar
 Destinasi kami seterusnya ialah ke Chenderong Balai untuk melihat Sek Men Islam Tahfiz Al Amin (SMITA) yang mana temuduga dijadualkan pada 16 Disember 2012. Kami langsung tidak menyangka perjalanan ke sana agak jauh dan agak sukar untuk kami berulang alik melihat Thaqif sekiranya dia belajar di sini. Apabila kami tiba di Chenderong Balai, kami terpesona dengan keindahan tempat ini kerana dikelilingi sawah padi yang hijau. SMITA terletak di Parit Ara dan jalan masuk ke dalam dari jalan utama agak jauh. Sekolahnya tidaklah besar tetapi cantik dan kawasan persekitaran yang nyaman kerana terletak di tengah-tengah bendang. Oleh kerana lokasinya yang agak jauh dan kami tidak mempunyai saudara mara terdekat yang tinggal berhampiran, kami memutuskan untuk tidak meneruskan niat kami untuk menghantar Thaqif belajar di sini.










Kami meneruskan perjalan kami ke Kelantan melalui Lebuhraya Timur Barat dan akhirnya tiba di Kuala Krai hampir tengah malam. Keesokkan harinya, kami bertolak awal ke Peringat kerana singgah di Pasar Pagi Machang. Temuduga Thaqif dijadualkan pada pukul 12 tengahari dan kami tiba jam 11 pagi. Temuduga berjalan lancar. Oleh kerana permohonan yang melebihi 400, sesi temuduga diadakan selama 5 hari bermula 2 hingga 6 Disember 2012 dan keputusan hanya akan diumumkan pada 16 Disember 2012. Kali ini Thaqif agak yakin ketika menjalani temuduga. Amin, yang tinggal berjiran dengan Tok Abah juga hadir untuk mencuba nasib. Kami benar-benar berharap agar Thaqif dan Amin mendapat belajar di sini. Sekurang2nya ada kawan dan tidaklah perlu Tok Abah datang setiap minggu menjenguk Thaqif kerana Tok Abah sudah mempunyai tugas menjenguk Naif, anak Pak Ngah di MTS, Kok Lanas.










Like TLG facebook @That Little Gerai in AU5