Kami meluangkan masa pada hujung minggu yang lalu untuk menghadiri Mesyuarat PIBG IQKL yang ke-4 pada tanggal 14 Mei 2011. Kehadiran ibubapa pada mesyuarat kali ini amat memberangsangkan mungkin kerana kesedaran dan prihatin terhadap pembelajaran dan kehidupan anak2 di IQKL. Mesyuarat kali ini dirasmikan oleh YB Dato' Dr Hassan Ali, EXCO Kerajaan Negeri Selangor dan pengasas IQKL.
Sebelum mesyuarat dirasmikan, pihak sekolah menjemput YDP PIBG, Pengetua, Pengerusi IQKL Sdn Bhd dan YB Dato' Dr Hassan Ali bagi memberi sepatah dua kata. Dato' Dr Hassan Ali sempat bercerita mengenai niatnya menubuhkan sekolah tahfiz 15 tahun yang lalu dan segala impian beliau telah menjadi kenyataan dan IQKL bukan sahaja sebuah sekolah tahfiz, tetapi sekolah yang menjalankan sistem integrasi tahfiz dan akedemik. Bermula dengan beberapa orang pelajar, sekarang jumlah pelajar mencapai 200 orang sehingga banyak permohonan terpaksa ditolak kerana kekurangan tempat. Kami diberitahu mengenai rancangan membesarkan lagi IQKL di kawasan sekitar dan sudah ada yang sudi menyumbang bagi pembinaan bangunan sekolah tersebut yang meliputi kawasan seluas 2 ekar. Semoga Allah swt sahajalah yang dapat membalas mereka2 yang menginfakkan harta mereka ke jalan Allah swt.
Kami juga berpuas hati dengan komitmen dan dedikasi pihak sekolah dan PIBG yang bertungkus lumus melakukan segala yang terdaya demi anak2 kami yang belajar di sini. Maklum sahajalah, IQKL adalah sebuah sekolah swasta yang bergantung sepenuhnya kepada yuran sekolah dan sumbangan dari mereka yang sudi membantu. Banyak kemudahan yang disediakan dan diperbaiki supaya anak2 kami dapat belajar di dalam situasi pembelajaran yang kondusif. Terimakasih kami ucapkan kepada mereka. InsyaAllah, kami akan sentiasa menyokong dan membantu usaha mereka memartabatkan IQKL sebagai sebuah institusi tahfiz integrasi yang unggul di Malaysia.
Setelah selesai perasmian, YB Dato' Dr Hassan Ali dibawa melawat perpustakaan yang baru siap melalui sumbangan berbagai pihak seperti Perbadanan Perpustakaan Negeri Selangor dan ibubapa pelajar. IQKL masih memerlukan buku2 bacaan ilmiah untuk perpustakaan Bustanul Ariffin. Bagi sesiapa yang ingin mendermakan bahan2 bacaan yang sesuai untuk pelajar tingkatan satu hingga lima, sumbangan anda sangat2 dialukan. Semoga perpustakaan ini akan menjadi lubuk ilmu pelajar2 IQKL.
2 comments:
Nice.....nampak gaya abang akan mengikut jejak langkah kakak jugak! Congratulations!
InsyaAllah Uncle, kalau diizinkan Allah swt.
Post a Comment